Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Sunday, 10 January 2010

Terima Kasih Atas Sumbangan (Updated)



Salam muhibbah saya ucapkan kepada semua, selaku wakil kepada penganjur program Majlis Makan Malam Amal bersama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang diadakan pada malam tadi (09.01.2010), bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC CONVEC) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Tetamu yang telah hadir pada malam itu mencecah seribu orang dengan kehadiran beberapa dif-dif terhormat termasuk beberapa orang Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen dan Adun daripada pelbagai parti politik termasuk Yang Berhormat Datuk Seri Dr Shahidan bin Kassim, Adun Tambun Tulang, Yang Berhormat Zulkifli Noordin, ahli parlimen PKR kawasan Bandar Baru Kulim, Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, PKR Ampang, dan Adun Ulu Klang, Yang Berhormat Shaari Sungib, ahli-ahli akademik dan golongan agamawan. Manakala Tun Dr Mahathir yang dijemput khas selaku tetamu jemputan bagi menyampaikn ucaptama pada malam itu terpaksa membatalkan hasrat untuk bersama-sama dengan hadirin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, pihak kami sangat berbesar hati di atas sokongan yang tidak berbelah bagi oleh semua pihak tidak kira umur, pangkat atau jawatan dalam menyokong hasrat murni agenda Tajdid, arus perubahan minda ini.

Sekali lagi kepada yang membeli sambil menderma untuk program Majlis Makan Malam Amal ini, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tidak terhingga daripada anda. Keikhlasan anda adalah penentu segalanya pada penerimaannya di sisi Allah, moga ia dihitung sebagai satu amal jariah kepada usaha dakwah dalam menyebarkan risalah agama yang berpaksikan Al-Qur'an dan As-Sunnah mengikut fahaman Salafussoleh (generasi terdahulu dikalangan sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en). Mohon kemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan, apa yang baik itu daripada Allah dan apa yang buruk itu datangnya daripada kelemahan kami sebagai manusia biasa yang sentiasa mendambakan cintaNya.

Salam perjuangan untuk semua

"1Akidah, 1Manhaj"

Intis Consultant & Training


READ MORE - Terima Kasih Atas Sumbangan (Updated)

Monday, 28 December 2009

Daftarlah Segera!!!: Majlis Makan Amal Bersama Dr MAZA

Kepada sahabat-sahabat sekalian yang berminat untuk membeli tiket bagi majlis makan malam amal bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin bolehlah berhubung dengan saya (Abu Mardhiyyah@ Hafizi) di talian 013-3005129 atau kepada nama-nama yang tertera di dalam poster majlis makan amal ini untuk pendaftaran. Pembayaran bolehlah dibuat melalui Bank Islam atas namaNik Md Yusof Nik Ismail 12-0650-1002-1659

Untuk para pelajar universiti, tiket dijual dengan harga RM 100 bagi setiap satu kerusi manakala untuk selain pelajar dijual dengan harga RM 150.

Hasil penjualan tiket ini sebenarnya akan disalurkan untuk menampung kos perbelanjaan bagi program Muktamar Sunnah Kebangsaan 2010 yang bakal diadakan pada 19.02.2010- 21.02.2010.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, tempat bagi majlis makan malam amal ini adalah terhad. Oleh itu, daftarlah segera selagi tempat masih ada untuk anda. Sekiranya anda berminat untuk membeli tiket ini sebagai satu bentuk sumbangan terhadap usaha dakwah sunnah tetapi tiada masa untuk hadir ke majlis ini, bolehlah berhubung dengan saya dan saya akan cuba dapatkan beberapa orang sahabat yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk membelinya bagi mewakili anda di majlis itu nanti berdasarkan jumlah kerusi yang dibeli.

Sekian terima kasih

"MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG, DAKWAH SUNNAH TERUS TERBILANG"

READ MORE - Daftarlah Segera!!!: Majlis Makan Amal Bersama Dr MAZA

Tuesday, 8 December 2009

Kuliah: I loVe tHe SunNaH

please come and join us.............
READ MORE - Kuliah: I loVe tHe SunNaH

Friday, 4 December 2009

INTIS Sifat Solat Camp and Funeral Management Course 2009- revolution begins...woww!!!


I brought to you our yearly most waited program organized by INTIS Consultant and Training, new module and fresh idea........sure gempaq punya !!!! come and join us..

Kem Solat dan Pengurusan Jenazah 2009

Tarikh:

25 – 27 Disember 2009 (Jumaat – Ahad)

Tempat:

Masjid As-syakirin, Gombak

MAKLUMAT PROGRAM

Program ini memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan akidah dan bahaya syirik. Selain itu, program ini mendedakan peserta secara teori dan praktikal solat serta pengurusan jenazah mengikut conton nabi s.a.w. Peserta juga akan di dedahkan dengan adab-adab yang di ajarkan nabi dalam kehidupan seharian seperti makan, tidur, dan sebagainya.

PENDAFTARAN

Yuran peserta = RM80.00 seorang

35 orang peserta lelaki ( 12-18 tahun)

35 orang peserta perempuan( 12-18 tahun)


Barangan yang perlu dibawa- pakaian untuk belajar, solat, bersukan dan tidur. Bantal, selimut, toto (tilam tidak disediakan), peralatan mandi dan alat tulis. Alat tulis.

Tidak digalakkan membawa barang berharga untuk mengelakkan kecurian.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau ingin membuat pendaftaran, bolehlah menghubungi wakil pihak kami melalui

1- saudara fathi (pendaftaran peserta lelaki) di talian 0193652864 atau

2- saudari ummil ulfah (pendaftaran peserta perempuan) di talian 0133087012.

Terima Kasih atas kerjasama anda.


Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Bank Islam atas nama

Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon ( akaun khas program):

14-162-02-014192- 0 (Bank Islam)

Perhatian :

Kepada peserta yang membuat bayaran yuran melalui akaun bank islam, di harap dapat memaklumkan kepada pihak kami dengan lebih awal untuk kelancaran pengurusan dan salinan slip pembayaran beserta boring ini hendaklah di bawa pada hari pendaftaran.

Alamat tempat program : Masjid as-syakirin, Batu 5 1/2 Jalan Gombak, Taman Gombak Jaya, 53000 Kuala Lumpur

(Berdekatan Balai Polis Gombak)


Tarikh Tutup Pendaftaran: Isnin 21 Disember 2009


Klik di sini untuk memuat turun borang penyertaan

http://intisonline. files.wordpress. com/2009/ 12/kem-solat- n-jenazah. pdf


Tentatif Program:

TENTATIF PROGRAM

.25 Disember 2009, Jumaat
03.00 pm : Pendaftaran
04.00 pm : Taklimat program kepada peserta
04.30 pm : Solat Asar
05.00 pm : Ice-breaking
06.00 pm : Khidmat Diri
06.30 pm : Makan malam
07.00 pm : Solat Maghrib
07.30 pm : Kuliah Akidah
08.30 pm : Solat Isya’
09.00 pm : LDK 1- Thaharah
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir dan doa tidur
11.15 pm : Tidur


26 Disember 2009, Sabtu
04.45 am : Bangun dan khidmat diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.00 am : Riadhah
07.45 am : Sarapan
08.00 am : Khidmat Diri
08.15 am : LDK 2- Solat
09.30 am : Rehat
10.00 am : LDK 3- solat dan solat jenazah
11.15 am : LDK 4- Adab-adab seharian
12.00 pm : Rehat
12.30 pm : Makan tengahari
12.45 pm : Khidmat diri
01.15 pm : Solat Zuhur
02.00 pm : LDK 5- mandi jenazah dan kafan
04.00 pm : Rehat dan minum petang
04.20 pm : Solat Asar
05.00 pm : Riadhah
06.00 pm : Khidmat diri
06.30 pm : Makan malam
07.00 pm : Solat Maghrib
07.30 pm : Kuliah- Anak Soleh
08.30 pm : Solat Isya’
09.00 pm : LDK 6- adab-adab seharian
09.20 pm : Presentation adab-adab seharian
10.30 pm : Minum malam
11.00 pm : Zikir dan Adab Tidur
11.15 pm : Tidur


27 Disember 2009, Ahad
04.45 am : Bangun dan khidmat diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Muraja’ah
07.30 am : CURHAT (Curahan Hati)
07.45 am : Khidmat diri
08.00 am : Minum pagi
08.30 am : Test 1 (Praktikal Wudhu, solat dan solat jenazah)
09.30 am : Rehat
10.00 am : Game jenazah
11.30 am : Ujian bertulis
12.00 pm : Rehat
12.30 pm : Makan tengahari
12.45 pm : Khidmat diri
01.15 pm : Solat Zuhur
02.00 pm : Majlis penutup
02.30 pm : Penyerahan kad laporan
03.30 pm : Bersurai


Untuk sebarang update tentang program layari http://intisonline. wordpress. com
READ MORE - INTIS Sifat Solat Camp and Funeral Management Course 2009- revolution begins...woww!!!

Monday, 23 November 2009

MaklumatTerkini Daurah 2009 (Sila Baca)

IKHWAH YANG DIRAHMATI SEKALIAN!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

DAORAH (ANJURAN IHYA' ULUM RESOURCES) 2009

DI ATAS SEBAB-SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN DAORAH 2009 INI TERPAKSA KAMI TANGGUHKAN KEPADA SATU MASA YANG AKAN KAMI BERITAHUKAN NANTI.

KAMI MEMOHON MAAF SEBESAR-BESARNYA DI ATAS KESULITAN YANG TIMBUL DESEBABKAN OLEH PENANGGUHAN INI, SESIAPA IKHWAH YANG INGIN MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT HUBUNGI KAMI DI:

35-A, Jalan Cokmar 1, Taman Mutiara, Bukit Raja Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: 03-33448135 T/Bimbit: 016-209 1531

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: http://ihyaulumwahyu.wordpress.com/2009/10/28/39/#more-39

READ MORE - MaklumatTerkini Daurah 2009 (Sila Baca)
Related Posts with Thumbnails