Tuesday 12 January 2010

Bagaimana Mendidik Pelajar Sekolah untuk Mengikuti Sunnah


(Soalan yang dibincangkan dalam forum intis)

Assalamualaikum wbt.

Bagaimana ye?

Mereka yang pernah menjadi fasi INTIS mungkin boleh berkongsi pengalaman bagaimana mendidik.

Mereka yang bukan fasilitator INTIS pun boleh turut sama menceritakan pengalaman, memberi idea dan tips bagaimana mahu mendidik adik-adik di sekolah untuk mengikut sunnah nabi.

Jawapan:

Mendidik satu perkara yang flexible dan tidak ada satu cara yangg tetap untuk mendidik tetapi kita yakin bahawa isi kandungannya masih sama cuma pendekatan sahaja yang berbeza..

Dalam program selalunya kita dapat lihat macam-macam jenis pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang, ada yang masyAllah baik daripada awal dan terddik dengan syahsiah yg baik di rumah tetapi ada juga yg Astaghfirullah perlukan kepada injeksi kesedaran yang lebih untuk berubah...

Berdasarkan pengalaman saya..para pelajar ni tahap mentaliti dan cara berfikir mereka berbeza daripada satu tahap umur kepada tahap umur yg lain..saya rasa semua org setuju dalam hal ini, ada yang cepat daya kematangannya dan ada juga yang lambat..tetapi rata-ratanya saya boleh bahagikan kelas umur kematangan mereka kepada 3 tahap:

1) pra-matang: 5-10- baru kenali dunia,sedikit demi sedikit cuba memberikan respon pada perubahan yang ada tetapi dunia kanak-kanak masih tinggi dalam diri, sukakan hadiah-haidah, ucapan-ucapan yang memuji untuk memberi semangat dan lain-lain (tidak dinafikan seawal umur 2 tahun lagi, kanak-kanak sudah bertanya tentang macam-macam perkara tentang apa yang berlaku di sekitar mereka, tetapi saya mengambil kaedah melihat tahap perubahan yang agak jelas daripada kematangan mereka)
2) separa matang: 11-14- sudah berusaha untuk cuba perkara baru yg lebih ekstrem dan bersifat dewasa, jiwa kanak-kanak sedikit demi sedikit cuba dihilangkan, sudah merasai adanya tanggungjawab terhadap diri, adik-adik, kawan-kawan dan lain-lain..
3) agak matang: 15-18- tahap umur yg rata-rata bagi lelaki dan perempuan sudah mencapai baligh, sudah cuba mencari personaliti sendiri, ingin dilayan seperti org dewasa, dunia kanak-kanak sudah banyak ditinggalkan, inginkan jiwa yg bebas, tidak mahu terkongkong dan diarah dengan paksa..tahap imaginasi yg tinggi dan mampu berfikiran kritis dan kritikal...

(tahap ni mungkin tidak mewakili kesemuanya tetapi kebanyakan yg saya lihat hasil pengalaman hidup saya sebagai guru, bapak sedara, kawan dan pemerhati)

kalu kita sudah tahu tahap umur adik-adik ni, maka modul atau apa sahaja bentuk penyampaian mestilah bersesuaian dengan peringkat umur mereka, isu-isu yang dirasakan perlu kepada penjelasan lebih, kita boleh dedahkan pada yangg berumur 15-18 kerana mereka cepat memberikan respon dan tahap IQ mereka dalam keadaan yg baik untuk menerima sesuatu perkara yg baru...perkara-perkara yang menguji minda mereka adalah sangat digalakkan kerana tahap umur yg sebegini, umur hang jebat lah katakan, mereka pantang di cabar..haha...aktiviti yg bersifat kanak-kanak seperti menyanyi-nyanyi atau berteriak riang ria ala kanak-kanak punya mode, isi kandungan presentation yg sudah menjadi "common sense" pada mereka akan membuatkan mereka rasa bosan dan cepat menunjukkan reaksi yg negatif mskipun tidak ekstremis untuk menunjukkan rasa tidak setuju tentang pendekatan yang kita bawa..memek muka akn berubah, kurang daya tumpuan dan lain-lain akan ditonjolkan jika kita samakan tahap minda mereka dengan dunia kanak2 yg mereka cuba tinggalkan....

Manakala, budak-budak yg pra dan separa matang, masih boleh kita kategorikan dalam zaman kanak2 lagi, mreka mudah patuh arahan meskipun agak sdkit nakal, tetapi approach agak sedikit berbeza berbnding tahap umur yang agak matang, agak sukar untuk dedahkan perkara yang baru yang sedikit bertentangan atau berbeza dengan apa yg mereka belajar..kerana otak mereka masih lagi menerima dengan bulat-bulat dan kurang kritis dalam memikir..tetapi kotak input mereka bagus dan mudah tangkap dan ingat perkara baru meskipun terkadang mereka tidak tahu kenapa dan mengapa mereka perlu lakukan sebegitu...golongan begini kita bagikan input-input asas tentang solat (apa yg mereka mahukan cara bgaimana nak buat sesuatu, soalan-soalan mudah mungkin ditanya tetapi jika kita selitkan sesuatu yg agak sdikit berbeza, mereka segera rasa sangsi dan cuba mengaitkan apa yg ada di sekolah atau apa yang mereka lihat di rumah, agak lambat untuk faham dan menerima tetapi mudah melekat apabila sudah faham sesuatu, terkadang ada juga yg cepat tangkap dan ikut tanpa tanya apa-apa cuma bile ditanya kenapa adik buat mcm ni?, jawabnya mudah sahaja , mereka geleng kepala atau kata "saya tak tahu")..haha, anjuran saya juga supaya banyakkan bercerita tentang syurga, neraka, azab dan lain-lain untuk mereka ambil pelajaran, mereka mudah rasa takut, sedih, gembira dan tawa meskipun bersifat sementara tetapi cara untuk mmpengaruhi diri mereka agak mudah...jiwa org yang mengajr mesti ada sedikit sifat keibuan, lembut, memberikan galakan dan motivasi, membalas usaha mereka dgn sedikit gnjaran sebagai penghargaan...meraka akan cepat menghargai kerana merasakan diri dihargai dan dikasihi...elemen ni juga boleh kita gunakan kepada tahap yang agak matang tetapi pendekatan serta intipati mesti agak menarik dan luas sesuai dgn tahap umur mereka

setakat ini itu dulu..nanti kita smbung lagi..lontaran idea ni sekali lg lahir daripada pengalaman diri, ia mgkin tidak sama dgn apa yg orang lain lihat....nasihat saya sampaikan ilmu agama mengikut tahap keupayaan mereka berfikir nescaya mereka lebih mersai agama itu sentiasa selari dgn fitrah hidup mereka....wallahualam

Abu Mardhiyyah

No comments:

Related Posts with Thumbnails