Sunday 10 January 2010

Terima Kasih Atas Sumbangan (Updated)



Salam muhibbah saya ucapkan kepada semua, selaku wakil kepada penganjur program Majlis Makan Malam Amal bersama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang diadakan pada malam tadi (09.01.2010), bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC CONVEC) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Tetamu yang telah hadir pada malam itu mencecah seribu orang dengan kehadiran beberapa dif-dif terhormat termasuk beberapa orang Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen dan Adun daripada pelbagai parti politik termasuk Yang Berhormat Datuk Seri Dr Shahidan bin Kassim, Adun Tambun Tulang, Yang Berhormat Zulkifli Noordin, ahli parlimen PKR kawasan Bandar Baru Kulim, Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, PKR Ampang, dan Adun Ulu Klang, Yang Berhormat Shaari Sungib, ahli-ahli akademik dan golongan agamawan. Manakala Tun Dr Mahathir yang dijemput khas selaku tetamu jemputan bagi menyampaikn ucaptama pada malam itu terpaksa membatalkan hasrat untuk bersama-sama dengan hadirin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, pihak kami sangat berbesar hati di atas sokongan yang tidak berbelah bagi oleh semua pihak tidak kira umur, pangkat atau jawatan dalam menyokong hasrat murni agenda Tajdid, arus perubahan minda ini.

Sekali lagi kepada yang membeli sambil menderma untuk program Majlis Makan Malam Amal ini, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tidak terhingga daripada anda. Keikhlasan anda adalah penentu segalanya pada penerimaannya di sisi Allah, moga ia dihitung sebagai satu amal jariah kepada usaha dakwah dalam menyebarkan risalah agama yang berpaksikan Al-Qur'an dan As-Sunnah mengikut fahaman Salafussoleh (generasi terdahulu dikalangan sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en). Mohon kemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan, apa yang baik itu daripada Allah dan apa yang buruk itu datangnya daripada kelemahan kami sebagai manusia biasa yang sentiasa mendambakan cintaNya.

Salam perjuangan untuk semua

"1Akidah, 1Manhaj"

Intis Consultant & Training


No comments:

Related Posts with Thumbnails